Bengkel WordPress

Rabu, 20 November 2019 : Bengkel pengenalan WordPress telah diadakan di PKG Tuaran. Pegawai dan staf dari semua bahagian, PTPB Kota Kinabalu dan rangkaian, hadir dalam bengkel tersebut. Penceramah bengkel adalah en. Mitcell dari PKG Tuaran. Diharapkan peserta bengkel mendapat manfaat dan pengetahuan, membangunkan website melalui wordpress.

Pemantauan dan Khidmat Bantu Bersepadu SK St Francis Convent

24 April 2019 : Pemantauan dan Khidmat Bantu Bersepadu di SK St Francis Convent. Selain memantau pengurusan dan sistem fail Pusat Sumber dan ICT, sekolah juga dibantu untuk peningkatan penggunaan dan login Frog VLE. Dalam bidang ICT, semua komputer yang rosak disarankan untuk dilaporkan dalam Support Ticketing System (STS). Diharapkan Pemantauan dan Khidmat Bantu Bersepadu, dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pengurusan Pusat Sumber dan ICT di sekolah.

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER CEMERLANG

13 Mac 2019 – Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang telah diadakan di Pusat Sumber , Maktab Sabah, selaku tuan rumah. Seramai 41 orang Guru Perpustakaan dan Media sekolah di daerah Kota Kinabalu, telah menyertai bengkel tersebut. Penceramah dari BTPN Sabah, en. Mabry Miller Mike Ikol telah dijemput untuk memberi penerangan dan pencerahan berkaitan fungsi Pusat Sumber disekolah.

KHIDMAT BANTU BERSEPADU FROG VLE FASA 2 SKK MUTIARA

 

13 Ogos 2018, Isnin : Khidmat Bantu Bersepadu Frog VLE di SKK Mutiara, Kota Kinabalu dengan kerjasama Pejabat pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Pasukan Kerja Frog VLE daerah Kota Kinabalu. Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu diwakili oleh En. Mohd Azlan bin Umpai dan En. Adrian denis Paut. Manakala, Pejabat Pendidikan Daerah diwakili oleh Pn. Shirney Lim, serta dibantu oleh 3 orang JU Frog VLE daerah Kota Kinabalu, En. Mohd Nazri Kamarudin (SK Sacred Heart), En. Mohd Fauzi Pelah (SK Tanjung Aru 1) dan En. Mohd Nur Akmal Bin Zainal Abidin (Sk Inanam 2). 

Diharapkan KBB Fasa 2 bagi sekolah di daerah Kota Kinabalu dapat membantu pihak sekolah, serta mengalakkan guru-guru dan murid-murid, menggunakan pelantar Frog VLE sebagai medium pembelajaran maya dengan lebih berkesan.